Kursus Pengacaraan Majlis

Kod

Jangkamasa

Tarikh/Masa

A3 – Kursus Kemahiran Pengacaraan Majlis

2 hari

Sabtu & Ahad

Pakej Fee

Pendaftaran RM50.00. Yuran RM 750 seorang.

(JAMINAN PENGEMBALIAN WANG SEKIRANYA ANDA GAGAL MENGUASAI ILMU PENGACARAAN INI)

Pakej ini termasuk:

· Fail

· Buku manual

· Pen & kertas

Tempat

Unit Latihan Akademi Pidato

No 20-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 K.Lumpur.

Pengenalan

Apabila anda bercakap, tidak kira mengenai apa sahaja, ramai yang tidak menumpukan perhatian kepada anda.

Situasi di atas adalah antara symptom bahawa anda tidak berkesan dalam majlis anda.

Ramai antara kita yang tidak mengendahkan kelemahan tersebut, sedangkan sebagai individu, pengurus dan pemimpin, keupayaan bercakap di khalayak ramai adalah satu kemahiran yang penting.

Bengkel ini memberi anda cara memupuk hubungan, memahirkan paparan visual anda, keupayaan suara, dan keupayaan mendengan anda semasa bercakap di khalayak ramai.

Objektif

i. Memahami rangka konsep Pengacaraan Majlis

ii. Memahami cara menyampaikan mesej dengan menarik

iii. Memahami cara menggunakan hubungan, visual, suara, perasaan dan pendengaran bagi menarik minat audien

Siapa Peserta Yang Layak?

a) Mereka yang berminat/baru menceburi bidang pengacaraan majlis
b) Mereka yang ingin meningkatkan kemahiran pengacaraaan majlis

Tajuk Penting

a) Pengenalan kepada hebahan
b) Perbezaan antara membaca dan memberitahu maklumat
c) Mengenali suara anda
d) Cara hebahan yang berkesan – suara, sebutan, intonasi dsb.
e) Menangani perasaan gemuruh dan gugup
f) Pengacara dan peranan pengacara majlis
g) Penyediaan dan kepentingan skrip/teks
h) Protokol dalam majlis
i) Pantang larang sebagai pengacara majlis
j) Penyediaan ‘senarai semak’

i) Latihan amali

Sijil

Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan.

Koordinator

Pensyarah Yang Diiktiraf Oleh Akademi Pidato




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: